Blog

PAKEJ MELANCONG BANDUNG

Top 10 Perkara Yang Boleh Dilakukan Dan Apa Yang Harus Dilihat di Bandung


Bandung semestinya sebuah tempat terkenal di Indonesia dan merupakan tumpuan pasti bagi para pelancong apabila ke Jawa. Jika anda bertanya kepada penduduk-penduduk tempatan, pastinya mereka akan mencadangkan Bandung sebagai destinasi untuk membeli belah, makanan dan lokasi menarik.

Ianya adalah satu destinasi hujung minggu yang popular bagi sesiapapun yang ingin mengasingkan diri daripada kesibukan Kota Jakarta. Ramai pelancong mengatakan bahawa pengalaman Indonesia terbaik mereka adalah di Bandung.

Di sini, makanannya agak murah dan lazat, barang-barnag jualan murah dan dalam kepelbagaian malahan tempat-tempat menarik di Indonesia berada berdekatan. Oleh itu, adalah tidak mengejutkan bahawa kawasan ini berkembang untuk aktiviti pelancongan jadi, datang dan rasai keseronokannya sendiri.

Berikut adalah Top 10 perkara yang boleh dilakukan dan harus dilihat di Bandung:


Perkara Yang harus Dibuat di bandung

Membeli di Kedai-kedai Kilang

Saya tidak membesar-besarkan perkara ini, sejujurnya tidak ada sesiapapun yang kembali dari Bandung denagn tangan kosong. Terutamanya jika anda pergi ke kedai-kedai kilang di Jalan Riau atau Jl Dago, anda akan menemui semua permata tersembunyi daripada pakaian berkualiti, kasut, beg dan barang-barang lain dalam pelbagai jenama terkenal. Semua barangan yang anda dapati di sini berada dalam keadaan baik, baru tetapi pada separuh harga!

The Valley Bandung

 Melihat Matahari terbenam di The Valley

Jika anda mencari satu lagi lokasi pilihan untuk makan di Bandung, anda boleh memilih untuk pergi ke The Valley untuk makan malam. Ianya adalah sebuah Restoran Barat yang terletak di puncak bukit dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Makanan yang lazat juga, jadi nikmati makanan anda sambil melihat matahari terbenam di kota Bandung.


Kampung Daun Restaurant, near Bandung, Indoensia

 Makan di Kampung Daun

Salah satu restoran terbaik di Bandung, ramai pelancong datang ke sini untuk suasana yang santai dengan pondok buluh, sungai dan air terjun. Makanan tidaklah terlalu lazat tetapi namun ada banyak pilihan dan murah. Datang ke sini untuk pengalaman sepenuhnya, menikmati masakan Indonesia dalam suasana luar yang selesa dan tenang.


Pasar Baru Bandung

Sesat di Pasar Baru

Ini adalah lambang kepada pasaran Indonesia di bandung, anda boleh sesat di sini dan menemui pelbagai barangan yang mengembirakan anda. Pelancong datang ke sini untuk mencari fabrik dan cenderamata. Harga barangan di sini juga sukar dipercayai terutamanya jika anda pandai tawar-menawar. Namun, pastikan anda menjaga barangan anda dengan berhati-hati kerana tempat ini terlalu sesak dengan orang ramai.


Saung Angklung Udjo

Nikmati persembahan muzik di Saung Angklung Udjo

Persembahan muzik tradisional merupakan salah satu cara terbaik untuk meneroka budaya Indonesia. Ianya adalah acara 2 jam merangkumi beberapa bahagian termasuklah pertunjukan wayang, tarian bertopeng, persembahan Angklung dan menari dengan budak-budak kecil.


Kampung Naga

Berjalan di lorong-lorong kecil mencari sawah

Bagaimana seseorang boleh datang ke Asia dan tidak terpesona dengan sawah yang menjulang bertingkat-tingkat. Ramai tidak tahu, Bandung benar-benar memiliki sawah padi bukit dan beberapa petak sawah di kawasan tanah tinggi. Minta kepada orang-orang tempatan untuk memberitahu anda akan lokasinya dan pergi ke sana untuk menyegarkan jiwa. Rupanya ada satu di Ciwidey!


 Apa yang perlu dilihat di Bandung

Kawah Putih

Kawah Putih

Tentunya berada di senarai teratas sebagai tempat menarik kerana keindahan tasik seolah-olah di dalam sebuah filem. Ianya terletak 2 jam perjalanan dari tengah bandar Bandung dan berada di kawasan tanah tinggi. Kawasan ini sejuk namun berjaga-jaga akan kulit terbakar kerana cahaya matahari, kerana ianya agak terik meskipun anda tidak menyedarinya.

Ini adalah tasik sulfurik kerana ianya terhasil daripada kawah gunung berapi. Seluruh kawasan boleh diterokai dalam 30 minit.


Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu

Kira-kira 1.5 jam dari Bandung, ianya adalah satu lagi kesan gunung berapi Indonesia yang berbaloi untuk dilawati kerana pemandangan menakjubkan dari atas. Mungkin ianya adalah yang kedua terbaik selepas Kawah Putih namun masih berbaloi untuk dilawati.


Villa Isola

Villa Isola

Dibina oleh seorang jutawan Itali dan berdiri di bahagian utara Bandung, menghadap ke pemandangan bandar di Selatan.


Gedung Sate

Gedung Sate

Dibina dan digunakan oleh kompeni-kompeni Belanda, ianya popular kerana hiasan makanan satenya. Terdapat 6 hiasan melambangkan 6 juta guldens. Kini ianya digunakan sebagai pejabat gobernor Jawa barat. Nasib baik, tempat ini dibuka kepada orang ramai dan jangan lupa untuk merasai kedinginan dan minuman di tingkat atas sambil menghadap kota.


Gedung Merdeka

Gedung Merdeka

Satu lagi keajaiban senibina yang dibina untuk orang kaya sebelumnya, dan kemudian dipopularkan oleh penganjuran persidangan Asia-Afrika pertama. Meskipun kurang tarikan tetapi masih sesuai untuk anda melawatnya jika anda berada di kawasan berdekatan.

Itu dia senarai-senarai apa yang ditawarkan di Bandung dalam apa yang perlu dibuat dan tarikan yang perlu anda lihat. Anda pasti akan teruja apabila anda boleh berseronok di sana tanpa berbelanja banyak, terutamanya kepada pelancong budget yang melakukan aktiviti backpacking di Indonesia, namun membawa banyak barangan adalah hal yang berbeza pula! Jangan lupa untuk membaca panduan pelancongan Bandung untuk informasi selanjutnya.

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Check Also

Close
Back to top button
Close